Sunday, October 28, 2012

Bergedil Daging

Assalamualaikum,

Agak bosanla juga sikit, org lain sedap lagi bercuti..tapi saya kene kerja...uhuk2...datang pula pikiran nak bagi resepi "bergedil ayam  daging"..dulu mungkin saya pikir orang jawa je makan makanan nih..tapi sekarang jika sampai time bulan puasa,agak ramaila yang jual makanan nih....namun atas orang yang buatla..kadang ade yang iptop..n kadang ade yang "hampehh"....so, hari nih saya akan bagi tutorial...kawan2 boleh bikin sndiri dirumah..

Bahan-Bahan :-
1/2 kg Daging ( dihiris nipis)
10 biji Kentang ( dipotong dadu)
5 Biji Bawang Merah ( dimayam )
5 Biji Bawang Putih (dimayam)
5 Batang Daun Bawang ( dihiris)
5 Batang Daun Sup (dihiris)
20 Biji Lada Hitam (  ditumbuk )
Garam secukup rasa
Ajinamoto Secukup rasa
Telur ( untuk celup)
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara :-
1. goreng daging hingga masak
2.goreng kentang hingga masak
3.daging tadi di kisar halus & kentang tadi pula ditumbuk.
4. goreng semua bawang tersebut dan toskan kemudian yumbuk sekali dengan kentang tadi.
5.selepas itu, masukkan daging yang dikisar dan kentang dalam bekas. letakkan daun bawang & daun sup, serbuk lada hitam, garam dan ajinamoto. kemudian gaul sehingga sebati.
6. ambil segengam dan kepal dan leperken. buat sehingga abis.
7. panaskan minyak kemudia celup bergerdil yang telah siap di kepal dalam telur dan goreng.goreng sehingga agak coklat dan angkat.

tadaaa siap pom..sedap dimakan ketika panas lebih2 lagi makan dengan nasi..besh2....

selamat mencuba. =)

No comments:

Post a Comment